Friday 13 November 2015

Hatimu untuk siapa??

Bismillah wal hamdulillah. Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah, saya berpeluang untuk update blog.Dah lama tak update blog,hari ni rasa nak update sesuatu..insyaAllah..lepas ni akan selalu update tu pun kalau ada kesempatan.

Entri kali ini, saya utarakan soalan yang saya kira simple, tapi jawapannya sangat memerlukan kepada kejujuran daripada dalam diri. Berlaku jujur itu mudah, sekiranya kita memahami erti kejujuran. Jujur itu payah, sekiranya dalam hati masih ada keegoan.

Hatimu untuk siapa? Biasanya kalau ditanyakan soalan ini kepada para asatizah atau mereka yang Islamik, inilah antara versi jawapan yang akan kita terima.

“Hatiku adalah untuk Islam, perjuangan Islam” (Moga- moga Allah kurniakan hati yang sebegini).

Atau ada yang romantik sikit… (romantiklah kononnya).

“Hati ini ku hadiahkan untuk dia yang halal bagiku.” Pergh… ayat!  BM time SPM mesti A+++ ni. :p

Kalau tanya pula pada mat-mat bunga, minah-minah jiwang, huh! Lagi memekar harum jawapan-jawapannya. Macam duduk kat taman bunga. :D

HATI

HATI. Raja segala anggota tubuh manusia. Apabila baik HATI, maka baiklah seluruh jasad dan begitulah sebaliknya. HATI  memerlukan penjagaan yang sangat rapi kerana HATI adalah tempat pertama jatuhnya pandangan Allah s.w.t.

Suka untuk saya ketengahkan sepotong hadis yang cukup masyhur dalam kalangan masyarakat kita terutamanya para penuntut ilmu agama:

Sabda Rasulullah s.a.w: "Setiap amalan itu bermula dengan niat, dan seseorang itu akan mendapat apa yang diniatkannya…”

Niat itu tempatnya di mana?                                        

Ya. Dalam HATI.

HATI yang bersih akan melihat bahawa kehidupan di dunia ini adalah kurniaan daripada Allah s.w.t.

HATI yang selalu berhubung dengan Allah akan memandang bahawa setiap perkara yang dilakukan adalah semata-mata kerana Allah dan RasulNya.

Bahkan HATI yang murni penjagaannya akan dibukakan oleh Allah baginya pintu-pintu Ilmu pengetahuan dan cahaya petunjuk yang mulia.

HATI ini sangat besar kuasanya. Ketika kita berdoa daripada HATI yang penuh kesungguhan dan pengharapan kepada Allah, percayalah yang kita akan melihat hasil daripada doa-doa yang kita lafazkan kepada Allah.

Tapi kadang-kadang kita yang kurang keyakinan. Terlalu cepat melatah bila lambatnya doa termakbul. Kenapa agaknya?

Sebab HATI kita. Dalam HATI kita masih ada makhluk.

Kita minta pada Allah, tapi dalam masa yang sama masih mengharap pertolongan daripada makhluk.

Kita katakan HATI kita cinta kepada Allah, tapi masih ada nama-nama makhluk yang menghuni dalam HATI kita.

Jadi, ketika kita berasa HATI kita tidak tenang, HATI kita sakit, HATI kita penuh prasangka, kita rasa kita nak salahkan siapa? Salahkan Allah? Naudzubillah.

Perhatikan sebenar-benarnya. HATIMU MILIK SIAPA? Betul ke HATI kita ini untuk Allah dan Rasul?
Atau hanya sekadar terlafaz kemas di bibir-bibir kita, namun reality dalam HATI itu adalah sebaliknya?

HATI kita adalah pinjaman kepada kita. Masa Allah bagi pinjam, HATI ni cantik, putih, bersih. Sampai satu masa Allah nak kita bagi balik, kita kena pulangkan. Allah tak cakap Allah nak bila tapi sebab HATI ni Allah punya, jadi bila-bila masa pun Allah boleh nak ambil. Hak Dia kan?

Jadi, rasa-rasanya kita nak bagi balik dalam keadaan yang macam mana? Dunia ini dah mengotori  HATI kita sekotor-kotornya. Nak pulang pada Allah dalam keadaan kotor? Berani ke kita? Allah. Nak tak nak bukankah sudah sampai masanya untuk kita cuci bersih-bersih kekotoran yang menghitam ini dengan pencuci jenama Taubat dan Istighfar kepada Allah. Tak lupa juga Pengilat Selawat biar nampak bercahaya.

Moga-moga yang Memberi Pinjam HATI ni kepada kita senang dengan kita. In syaa Allah. Adakah yang lebih besar selain kita pulang kepada Allah dalam keadaan HATI ini dicintai dan diredhai olehNya.

Serahkan HATI pada DIA, pulangannya adalah CINTA

Allahu’alam. Cukup sampai sini. Mohon maaf atas khilaf bicara.Assalamualaikum.

Template by:

Free Blog Templates