Saturday 22 March 2014

permulaan hari yang suram :(



Pengorbanan itu kebahagian atau kesakitan?




Pengorbanan.. Kekadang pengorbanan yang kita buat...adalah satu kebahagiaan..
Kekadang..pengorbanan tu adalah kesakitan!

 

Selalunya kita selalu berkorban utk orang-orang yang kita sayang.. Bahagia kan bila kita lihat orang yang kita sayang tu gembira disebabkan pengorbanan kita..
Tapi...kesakitan yang amat sangat bila semua pengorbanan kita tidak dihargai...


Kita sanggup berkorban apa saja untuk membahagiakan  orang..beri kegembiraan...atau melihat kejayaan insan-insan yang kita sayang.. Pernah tak kalian rasai kemanisan ni dalam kehidupan kalian?? So juicy!! Dia tersenyum kerana pengorbanan kita... Dia ketawa riang kerana pengorbanan kita... Dia berjaya kerana pengorbanan kita.. dan dia masih berdiri disini dengan pengorbanan kita...


Betapa besarnya kan erti pengorbanan tu dalam kehidupan ini... Mungkin juga kalau bukan dengan pergorbanan itu.. Tiada kegembiraan, kebahagiaan mahupun kejayaan... Tak semua kan yang kita kecapi disebabkan pengorbanan.. Walau pengorabanan tu hanya secarik..tetap ada pengorbanan!

Tapi berapa kerat sangat antara kita yang reti menghargai pengorbanan yang telah dikorbankan utk kita?? Jiwa ni hampir-hampir terkorban disebabkan selalu sangat berkorban... Susah sangat ke untuk kita menghargai orang yang telah berkorban segala-galanya hanya kerana nak tgok kite bahagia?



If kita korbankan masa kita..tak semestinya mesti dibalas dengan masa! If berkorban wang ringgit...bukan balasan wang ringgit yang ditagih... If dia berkorban cinta...bukan cinta yang diharapkan.. Hanya ingin rasa dihargai..diberi perhatian... Selepas diberi kegembiraan..kebahagian...kejayaan... Jangan dilupai insan yang telah banyak berkorban untuk kamu... Kerana itu adalah kesakitan yang amat sangat!!

Pengorbanan adalah sesuatu yang perlu dilakukan dengan ikhlas... Tapi siapa kita untuk menilai keikhlasan ini.. Aku hanya insan biasa... Aku cuma mahu pengorbanan aku dihargai... Kerana itu akan membahagiakan aku juga... Aku jua ingin kebahagian itu..bukan kesakitan!!






 
 Allah sangat mencintai
orang-orang yang selalu ingin membahagiakan orang lain
 dengan apa yang dimilikinya.

Semakin seseorang itu banyak berkorban untuk orang lain,
semakin mulialah dia di sisi Allah dan manusia.

Allah sangat mencintai orang-orang yang berkorban
untuk mendapatkan keredhaanNya
kerana itu menunjukan cinta sejati pada Allah.

Jadilah orang yang selalu memberikan kebahagiaan...
Walaupun hanya dengan sapaan, salam dan sebuah senyuman...
jangan pernah  mementingkan diri sendiri...
Belajarlah dari Matahari yang mampu untuk bersinar lebih lama lagi…
Tetapi dia tetap memberi peluang untuk sang bulan untuk menunjukkan diri...


Dulu, pernah ada someone ckp,
“Dalam hidup, ada masa engkau perlu berkorban. Korban jiwa, korban masa, korban tenaga. Air mata mungkin mengalir. Hati mungkin terguris. But, this will never be forever. You wish something better, but He knows something greater. Keep walk. Head up. Hidup tak lama. Korban sekejap. Senyum, lalui hidup sebaiknya.”

walaupun hari ku ini bermula dengan kesuraman yang dimulai oleh orang tersayang tetapi aku tabah kan hati menghadapinya dengan tenang walaupun di sudut hati ini sangat rapuh dan seringkali mata ini menangisi dimana silap diri ini kerana sudah takdir dan rezekiku hanya sebanyak itu..mungkin ada hikmah disebalik semua ini...aku redha dengan apa yang terjadi kerana ia adalah yang terbaik dari ALLAH...tanpa disedari telah banyak dugaan dan ujian yang telah aku tempuhi dan ia menjadikan aku lebih matang dalam meniti kehidupan yang masih panjang ini...

sometimes it's better to say nothing than to say something that means nothing anyways...:)

aku cuba untuk tidak selalu complain tentang apa yang telah terjadi dalam hidup aku kerana aku masih diberi peluang untuk menjalani hidup yang serba cukup walaupun tidak sesempurna orang yang hidup dalam keluarga yang berada..tapi ALHAMDULILLAH aku masih boleh kecapi kebahagiaan....
teringat dengan kata2 yang diambil dari mr.Google

"Try not to complain about your life because someone somewhere is fighting to survive"

dan yang paling penting dalam hidup kita ni...jangan hidup dalam dunia sendiri aje..ape yang penting adalah menghargai orang sekeliling kite..terutama sekali familya..orait??
ni ade kate2 utk anda yang tidak pandai menghargai insan yang berkorban untuk mu...

Hargai orang yang menghargaimu...
mungkin kamu tak tahu,dia orang yang selalu berusaha untuk
membuatmu bahagia dan tersenyum...
walaupun kamu sering membuat dia menangis...

oke,,sekian sahaja buat hari yang suram ini...
Assalamualaikum... 

Template by:

Free Blog Templates